South Dakota Industry Digest
SEE OTHER BRANDS

Fresh industries and services news from South Dakota

Bitget Membuka Program Graduan 2026 untuk Membina Satu Bilion Minda Generasi Seterusnya

VICTORIA, Seychelles, Sept. 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia, membuka permohonan untuk Program Graduan 2026, satu laluan global di bawah inisiatif Blockchain4Youth Bitget, yang merekrut bakat generasi seterusnya dari universiti terunggul dan menempatkan mereka terus ke dalam aliran kerja Web3 sebenar.

Garis masa program ini sangat padat: permohonan dibuka hari ini, temu duga bermula Oktober, tawaran disampaikan pada Disember dan penyertaan rasmi bermula pada tahun 2026. Para graduan akan menjalani penempatan bergilir dalam pasukan berimpak tinggi, di bawah bimbingan mentor berpengalaman serta pemilikan langsung terhadap tugasan. Lebih 50 jawatan ditawarkan, merangkumi bidang seperti kejuruteraan, pengurusan produk, pembangunan perniagaan, pertumbuhan, penjenamaan, operasi, analitik data, algoritma dan kawalan risiko. Matlamatnya jelas: memastikan generasi baharu mempunyai akses kepada peranan berimpak tinggi serta peluang untuk membina masa depan.

“Kami percaya pada masa depan dan itulah sebabnya kami merekrut bakat untuk membinanya,” kata Vugar Usi Zade, Ketua Pegawai Operasi Bitget. Program ini bukan sekadar membina blockchain; ia bertujuan “melahirkan pemikir yang mampu bertanya, merancang dan melaksanakan. Bersama-sama, Bitget berhasrat untuk membina satu bilion minda generasi seterusnya.”

Sebagai pembuka tirai musim ini, Blockchain4Youth dan Blockchain4Her—dua inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lancarkan oleh Bitget—akan berganding bahu menganjurkan sesi kerjaya kepelbagaian Web3 di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (HKUST) pada 20 September bersama komuniti pelajar 0xU. Kakitangan Bitget akan berkongsi pengalaman profesional mereka, membincangkan kajian kes serta berinteraksi secara langsung dengan calon yang berminat membina kerjaya di persimpangan antara kewangan, teknologi dan budaya.

Bitget sedang mencari individu yang proaktif, berdikari, ingin tahu, berdaya cipta dan selesa bekerja dalam persekitaran merentasi pelbagai budaya. Minat tulen terhadap AI dan Web3 merupakan syarat penting untuk menyertai program ini. Sebagai balasan, para graduan akan menyertai salah satu bursa yang paling pesat berkembang di dunia dan bekerjasama dengan rakan sekerja dari lebih 50 negara. Mereka akan membina kerjaya melalui laluan yang jelas, merangkumi penempatan bergilir, bimbingan mentor, ganjaran yang kompetitif serta peluang untuk menerajui inovasi di barisan hadapan industri.

Berpaksikan inisiatif Blockchain4Youth oleh Bitget, Program Graduan ini bukan sekadar laluan pengambilan bakat. Ia merupakan pintu masuk ke dunia Web3 yang dirangka melalui bengkel, sesi kampus dan bimbingan langsung. Pendekatan ini membolehkan graduan menghasilkan produk sebenar sambil membina jaringan dan kemahiran dalam komuniti global yang dinamik. Sebagai sebahagian daripada pelan pendidikan menyeluruh B4Y, program ini menggabungkan peluang kerjaya awal dengan pembelajaran praktikal. Ia bertujuan menjadikan celik teknologi sebagai landasan kepada kemahiran berdikari dan pemikiran inovatif.

Permohonan kini dibuka. Serahkan resume/portfolio anda di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya melalui peranan sebagai Rakan Rasmi Kripto bagi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
 Untuk pertanyaan media, sila : hubungi media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/53dafef6-6326-4aa1-a8e5-94279a52495c


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions